Hari
ini, pokok ajaib ini telah digunakan secara meluas dalam kosmetik,
penjagaan dan perawatan kulit serta jus Aloe Vera untuk penjagaan
kesihatan luaran dan dalaman.
Menurut
beberapa sumber, Aloe Vera (Lidah Buaya) pertama kali ditemukan pada
tahun 1500 SM. Lebih dari 200 species tersebar diseluruh belahan bumi,
mulai dari benua Afrika yang kering dan tandus hingga daratan Asia yang
beriklim tropika.
Tanaman ini memang tumbuh dengan banyak di tanah
berhumus campur pasir, cukup sinar matahari dan drainase baik, Aloe Vera dapat tumbuh subur.
Tanaman
dari suku Liliaceae ini memang sudah di manfaatkan manusia sejak dulu.
Beberapa bukti sejarah menyebutkan, bangsa Arab, Yunani, Romawi, India
dan Cina telah menggunakan sebagai bahan ubat pelbagai penyakit. Cleopatra sudah memanfaatkan tanaman ini untuk merawat kecantikanya.
Lidah
Buaya (Aloe vera; Latin : Aloe barbadensis Milleer) adalah sejenis
tumbuhan yang sudah dikenal sejak ribuan tahun silam dan digunakan
sebagai penyubur rambut, penyembuh luka, dan perawatan kulit.
Tumbuhan ini senang dijumpai di kawasan kering di Afrika.
Seiring dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi, pemanfaatan
tanaman Aloe Vera berkembang sebagai bahan industri farmasi dan
kosmetik, serta sebagai bahan makanan dan minuman kesihatan.
Secara
umum, Aloe Vera merupakan satu dari 10 jenis tanaman terlaris di
dunia yang mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai tanaman ubat dan
bahan industri. Berdasarkan hasil penelitian, tanaman ini kaya kandungan zat-zat seperti enzim, asid amino, mineral, vitamin,
polisakarida dan komponen lain yang sangat bermanfaat bagi kesihatan.
Selain
itu, menurut Wahyono E dan Kusnandar (2002), Aloe Vera berkhasiat
sebagai anti inflamasi, anti penuaan, anti bakteria dan membantu proses
regenerasi sel. Di samping menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes, mengawal tekanan darah, melindungi
tubuh daripada serangan penyakit kanser, serta dapat digunakan sebagai nutrisi pesakit kanser dan HIV/AIDS.
Salah
satu zat yang terkandung dalam Aloe Vera adalah aloe emodin, sebuah
senyawa organik dari golongan antrokuinon yang mengaktifkan insulin badan seperti insulin-beta dan -substrat1, fosfatidil
inositol-3 kinase dan meningkatkan sintesis glikogen (glikogen sintase kinase 3beta), sehingga sangat berguna untuk
mengurangkan gula dalam darah.
Di
negara-negara Amerika, Australia, dan Eropah, Aloe Vera
telah dimanfaatkan sebagai bahan industri makanan dan minuman
kesihatan.
Aloe Vera juga dikenali dengan nama:
'Miracle Plant'...'Natural Healer'...'Burn Plant'...'Medicine Plant'...'Wand of Heaven'...'Plant of Life'
Aloe
Vera adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai pelepah daun yang besar dan
banyak pada setiap pokok. Setiap pelepah daun pula memiliki lendir
jernih yang pekat didalamnya dan lendir inilah yang mengandungi pelbagai
khasiat perawatan dan nutrien.
Hanya penggunaan lendir jernih ini sahaja yang boleh menghasilkan produk
Aloe Vera yang bermutu tinggi kerana daun aloe tidak mempunyai sebarang
khasiat.
Aloe Vera sebenarnya tidak menyembuhkan apa-apa tetapi
membekalkan segala nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh badan supaya
ia dapat kembali dengan cepat kepada proses penyembuhan semulajadi yang
dikurniakan Tuhan kepada setiap manusia.
"Aloe Vera berada di senarai teratas bagi membantu kita mencapai tahap kesihatan bukan sahaja baik malah hebat!"
Setiap pelepah Aloe Barbadensis Miller boleh mengandungi:
200 sebatian bermanfaat, 75 nutrien,
20 mineral, 18 asid amino dan 12 vitamin
Fikri Yusri +6012 6872107
FOREVER Living Products MALAYSIA -SO9-