Kelebihan Jenama FOREVER Living Products

Kualiti Yang Terbaik


Satu perkara yang menampilkan FOREVER ke depan ialah komitmennya untuk hanya mengeluarkan produk-produk yang berkualiti paling tinggi. Dari ladang pemprosesan dan pengilangan sehingga ke pengedaran, FOREVER melaksanakan sistem pengawalan kualiti yang ketat untuk menentukan bahawa kualiti produk sampai ke tangan pengguna adalah yang terbaik. kemujaraban dan potensi Aloe Vera adalah dikekalkan pada tahap maksima melalui langkah-langkah seperti perladangan secara organik 100% tanpa penggunaan sebarang racun perosak ataupun baja kimia, pemprosesan dengan menggunakan proses penstabilan yang berpaten, persekitaran pengilangan yang bersih dan sistem kawalan kualiti yang ketat.

Bahan-Bahan Kandungan


Tidak seperti kebanyakan jenama lain yang hanya mengandungi beberapa titis Aloe Vera sahaja dalam produk-produk mereka, Aloe Vera pastinya kandungan utama dalam semua produk Aloe Vera keluaran FOREVER. Walaupun terdapat lebih daripada 300 spesis Lidah Buaya, hanya 5 jenis sahaja yang diketahui mempunyai sifat-sifat yang bermanfaat untuk kegunaan manusia dan 5 jenis tersebut yang didapati paling mujarab ialah spesis Barbadensis Miller. Untuk menjaminkan bahawa hanya yang terbaik sahaja yang digunakan dalam produknya, FOREVER hanya menanam spesis ini dan hanya menuai dan menggunakan daun-daun yang cukup matang, justeru itu paling tinggi potensinya.

Lambang Pengiktirafan IASC

Lambang pengiktirafan majlis International Aloe Science Council (IASC) ialah tanda kualiti bagi produk Aloe Vera kerana ia adalah badan bebas tunggal yang diiktiraf untuk mengesahkan ketulenan Aloe Vera. Bukan sahaja semua produk Aloe Vera FOREVER membawa lambang tersebut, malah FOREVER mempunyai bilangan produk yang terbanyak sekali yang diiktirafkan oleh majlis tersebut, dan produk-produk FOREVER jugalah yang pertama sekali memperolehi pengiktirafan majlis tersebut pada tahun 1986. Fakta ini dengan sendirinya sudah cukup jelas menunjukkan ketulenan dan kualiti produk-produk FOREVER serta memperkukuhkan lagi kedudukan FOREVER sebagai pemimpin dunia bagi Aloe Vera. Di samping itu, FOREVER juga telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai badan:



Untuk itu, SO9 menjemput anda meneroka halaman-halaman berikut untuk menemui sebuah dunia produk-produk kesihatan dan kecantikan dengan kualiti dan kecemerlangan yang tiada bandingannya! 

Fikri Yusri +6012 6872107
FOREVER Living Products MALAYSIA -SO9-

No comments:

Post a Comment