Lidah Buaya atau Aloe Vera...


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiD_GZMH7ViRjCmCvA_TvVBbXewzEAOcCgm6Os6sOvtT-uhT1Gp-5E5GY3wYvcjlXZgQz7tOTFP1_WFKUF9g1-2oSjaqfV_Lse-G4wojAYxuiZfVAi43flZzNMgD3Z5LZJ8Eg6C3y7dK0I/s400/285096_10150374105158066_148916948065_10322437_4166297_n.jpg

Lidah Buaya atau Aloe vera (Latin: Aloe barbadensis Milleer) merupakan tanaman berduri yang berasal dari daerah kering di benua Afrika.  
Tamanan Lidah Buaya ini telah dikenal dan digunakan sejak ribuan tahun yang lalu kerana khasiat dan manfaatnya yang luar biasa.
 
Perkataan 'Aloe Vera' datangnya daripada Bahasa Arab 'Alloeh' yang bermaksud bahan pahit yang berkilat dan dalam Bahasa Latin pula 'Aloe' adalah pokok manakala 'Vera' pula bermaksud tulin atau pokok tulin
Pokok Aloe adalah tergolong dalam keluarga tumbuhan 'Lily'. 

Terdapat lebih 300 spesis Aloe Vera di bumi ini dan hanya beberapa sahaja yang dikenal pasti memiliki khasiat rawatan dan nutrien yang boleh digunakan. 

Aloe Barbadensis Miller adalah Aloe Vera yang paling banyak digunakan oleh masyarakat dunia.

Kegunaan Aloe Vera telah bermula sejak zaman purba mesir lagi oleh 'Ratu Cleopatra' dan 'Ratu Nefertiti' bagi penjagaan kecantikan dan kulit mereka. 

Dikatakan 'Cleopatra ' mandi didalam jel Aloe Vera setiap hari demi menjaga kecantikan beliau. 
Selain itu, bangsa Grik, Cina dan India juga telah lama menggunakan Aloe Vera untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. 


Mengikut sejarah peperangan juga, dikatakan 'Alexander' pernah disuruh oleh Aristotle supaya menakluk Pulau Socorro kerana pulau itu mempunyai pokok Aloe Vera yang banyak bagi kegunaan merawat luka dan kecederaan tentera- tentera perangnya.



Fikri Yusri +6012 6872107
FOREVER Living Products MALAYSIA -SO9- 

No comments:

Post a Comment